Blog Yang Aktif

Untuk makluman, blog saya akan lebih aktif di Aktiviti & Dunia Saya mulai tahun 2018. Namun anda boleh melayari laman lain telah saya siapkan sebelum ini

Saya meninggalkan catatan untuk renungan bersama. Saya juga meninggalkan rakaman gambar untuk tatapan dihari muka. Kita melihat apa berlaku di depan mata. Namun apa yang kita lihat tidak dinilai mengikut fahaman yang serupa. Anda bayangkan kerjaya saya sebagai Jurufoto, Ada waktunya bertugas di hotel mewah. Sambil menjamah makanan yang lazat terbayang anak dan isteri tidak dapat menjamah makanan yang sama.Terbayang orang miskin yang kelaparan di pedalaman seperti saya alami tiga puluh tahun lalu.


Sepanjang masa saya tidak bertugas di dewan dingin dengan berpakaian kemas bergaul dengan VVIP. Namun ada masa-masa tertentu saya berada di tengah-tengah masyarakat miskin, mangsa banjir, penagih dadah, anak terbiar, orang asli di pendalaman. Ada waktunya saya dan rakan-rakan meninggalkan anak isteri dan bertugas di tempat merbahaya. Segala pengalaman ini tidak diceritakan secara lisan kepada mereka. andai kisah ini diberitahu sudah pasti mereka akan risau ketika ditinggalkan. Saya lalui semua itu demi tugas dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.


Namun, saya masih dapat menjamu makanan yang lazat kepada keluarga setelah menerima elaun kerja lebih masa dihujung bulan. Mungkinkah anak-anak dan isteri mendoakan agar saya tetap bekerja di waktu malam agar dihujung bulan mereka dapat menjamah makanan yang lazat? Kita tidak mampu melakukan semua. Namun kita masih mampu untuk berdoa.


Saya menyediakan beberapa laman untuk pengunjung. Dari Sik ke Bangi merupakan catatan pengalaman lampau ketika berada daerah Sik, Kedah. Liku-Liku Kehidupan mencatatkan apa yang saya lihat, alami untuk dikongsikan bersa-sama agar ianya menjadi tauladan. Dunia Saya akan mencatatkan apa yang saya alami secara peribadi sebagai Jurufoto samada di dalam kampus UKM atau diluar. Mungkin indah dan mungkin pahit. Nostalgia adalah koleksi foto-foto peribadi saya. Antologi Cerpen dan Puisi merupakan koleksi karya kreatif yang pernah tersiar di media catak. Alam Seni Foto, Digital Fotografi, Lensa Kampus, Kursus Fotografi, Kursus Fotografi Profesional merupakan laman web yang saya kendalikan untuk dimenafaatkan kepada masyarakat umum. Manakala Catatan Banjir Besar di Johor merupakan catatan yang saya buat berdasarkan pengalaman mengikuti Briged Bencana selepas banjir besar di Johor pada tahun 2007 dan 2008.


Kini saya telah bersara dari jawatan Jurufoto di Universiti Kebangsaa Malaysia sejak 17 April 2018.

Sebagai pesara, catatan dalam laman blog ini tidak akan berakhir. Ia akan dicatat dari masa ke semasa. Semua pengalaman sejak 39 tahun di UKM akan catat di sini selagi hayat dikandung badan. Semoga ianya akan menjadi santapan pengetahuan buat anda semua. Liaht profil lengkap saya di sini [ Profil]

Galeri

08 Ogos 2018

Untuk Renungan Bersama

NAK SEHIDUP SEMATI?
Seorang isteri yang solehah, rajin dalam bersedekah, membaca al-Quran dan menjaga syariat, sedangkan suaminya tidak menjaga syariat dalam hidupnya, maka jika salah seorang daripada suami isteri ini meninggal dunia, maka perpisahan itu adalah perpisahan selama-lamanya.
(Kupasan kitab Zairah Ke Alam Barzah karya Al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani)
_____________________________________________________________________________

Tanda-Tanda Ibu dan Ayah Mu Sudah Tua:
1. Mudah merajuk dan kecil hati tapi padamu dia marah.
2. Kurang selera makan. Kalau makan pun payah nak habis.
3. Suka bercerita kisah lama. Bagus untuk kamu jadi pengkisahan seperti menulis cerita sejarah jika ibu ayahmu seorang tokoh terkenal.
4. Mudah lupa walaupun ada waktunya dia seorang sukar melupakan kisah lama atau pendendam.
5. Mata rabun walaupun dia kenal kamu tetapi ada masanya dia tak cam muka kamu.
6. Sukar tidur malam. Bagus untuk bertahajut.
7. Mudah tertidur walaupun duduk di mana sahaja.

Facebook Pages

Facebook Pages
Jom like Fan Pages

Jumlah Paparan Halaman

Google+ Followers